Wednesday, January 19, 2011

Carta Organisasi JK NILAM PSS SMK Palong Dua (F), Gemas

Sila klik pada carta untuk pembesaran imej.






Saturday, January 1, 2011

Program NILAM

NILAM

Pengenalan

Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang dijalankan di sekolah dengan memberikan pengiktirafan yang sesuai.

Matlamat

Membudayakan minat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.

Objektif

Membiat tabiat membaca yang berkekalan dalam kalangan pelajar.

Strategi

• Memupuk sikap murid supaya suka dan banyak membaca.

• Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.

Tiga elemen Program Nilam

Rekod Membaca
Setiap murid merekodkan buku yang dibaca dalam Buku Rekod Bacaan NILAM.

Pengesahan pembacaan
Guru kelas, guru akademik, dan ibu bapa mengesahkan rekod bacaan murid.

Pengiktirafan
Pengiktirfan diberi kepada murid berdasarkan bilangan buku yang dibaca

Program NILAM mempunyai 2 Tahap:

• Tahap Jauhari
• Tahap Rakan Pembaca (RP)

Tahap Jauhari

• Membina kemahiran dan minat membaca sehingga terbina satu tabiat. Semua murid diwajibkan mengikuti galakan membaca dalam Tahap Jauhari

• Murid mula mengikuti aktiviti galakan membaca sebaik sahaja mereka menguasai kemahiran asas (pertengahan tahun untuk Tahun 1).


Pengiktirafan
Jumlah Bacaan Buku (SR)
Jumlah Bacaan Buku (SM)
Gangsa
90 –179
72 - 143
Perak
180 – 269
144 - 215
Emas
270 – 358
126 - 287
NILAM
360 ke atas
288 ke atas

Tahap Rakan Pembaca (RP)

• Setelah membaca 100 buah buku dalam Tahap Jauhari, murid layak dimasukkan ke dalam Tahap Rakan Pembaca.

• Murid membentuk kumpulan RP masing-masing yang  tidak lebih daripada 10 orang ahli.

• Murid mendapat bimbingan daripada guru (fasilitator).

• Murid menjalankan sebarang aktiviti berkaitan buku seperti ulasan buku, aktiviti bercerita, membaca bersama-sama rakan, keluarga, dan jiran.

• Aktiviti yang dijalankan oleh kumpulan RP disahkan oleh guru / penjaga

Sistem Ganjaran Rakan Pembaca

Markah Pengiktirafan


Pengiktirafan
Markah
Gangsa
100 – 199
Perak
200 - 299
Emas
300 – 399
NILAM
400 ke atas
 
Pengiktirafan peringkat sekolah

Tahunan:
• Buku Rekod Kemajuan
• Kad kumulatif

Keseluruhan

• Selepas 6 tahun di sekolah rendah dan 5 tahun di sekolah menengah
• Sijil Berhenti Sekolah
• Surat Akuan Sekolah

Contoh cadangan aktiviti NILAM

• Program Iqra’
• Membaca Bersama
• Ceramah Buku
• Pertandingan Membaca
• Khemah Membaca
• Pameran Buku
• Teater Membaca

Masa yang disaran untuk Program NILAM

• Dimasukkan ke dalam jadual waktu, satu waktu dalam pengajaran bahasa.
• Masa khas, contohnya 10 minit sebelum waktu sekolah bermula dan waktu rehat.
• Waktu untuk aktiviti perpustakaan.
• Waktu senggang.

Sumber bahan bacaan

• Perpustakaan sekolah
• Perpustakaan awam
• Perpustakaan keluarga
• Perpustakaan FELDA
• Perpustakaan KEMAS
• Perpustakaan Ibu Pejabat Polis Daerah
• Sudut bacaan di masjid

Pengiktirafan

Murid-murid yang berjaya menamatkan program NILAM mendapat keistimewaan untuk pemilihan ke Sekolah Rancangan Khas, Sekolah Berasrama Penuh, penajaan biasiswa ,dan Institut Pengajian Tinggi Awam.

Rumusan

Program ini merupakan program galakan membaca apa-apa, di mana-mana, bila-bila, dan merekodkannya untuk mencapai pengiktirafan, serta mengajak orang lain turut membaca sehingga terbinanya satu budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.